Pages

Monday 27 June 2011

PeDoMaN bUaT rKaN2



Setelah kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Jangan sesekali kamu melepaskan ia kembali ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kail yang kamu guna itu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
Setelah dia mula menyayangimu,
Hendaklah kamu menjaga hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakannya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu berharap pada takungannyadan janganlah menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar keperluanmu,
Apabila sekali ia retak,
Sukarnya untuk kamu menambalnya semula,
Akhirnya ia dibuang begitu saja.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
Terimalah dia seadanya,
Jangan kamu terlalu mengaguminya,
Jangan menganggap dia terlalu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu memaafkannya,
Setelah itu kamu akan kecewa dan meninggalkannya.
Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti ia baik untuk kamu,
Mengenyangkan dan berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain,
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak dapat memakannya,
Kamu akan menyesal.

Begitu juga kamu telah mengenali seseorang insan,
Yang pasti akan membawa kebaikan kepada dirimu,
Menyayangimu dan mengasihimu,
Mengapa kamu berlengah,
Cuba membandingkannya dengan yang lain,
Terlalu mengejar kesempurnaan,
Kelak, kamu akan kehilanganya kerana dimiliki oleh orang lain,
Kamu juga akan menyesal.




No comments:

Post a Comment